Header Image - SEMAK KELAYAKAN ANDA SEKARANG

Category Archives

4 Articles

Perbezaan CCRIS , CTOS dan RAMCi

by manager 0 Comments

Rupa-rupanya masih ramai yang tidak jelas atau keliru dengan fungsi CCRIS, CTOS dan RAMCI. Ketiga-tiganya seakan-akan mempunyai bidang tugas yang sama dan hal ini menyebabkan artikel ini ditulis bagi memberikan pencerahan dan kesedaran kepada orang ramai di luar sana. 

Apa itu CCRIS? 

CCRIS (Central Credit Reference Information System) ialah rekod bayaran pinjaman anda yang dipantau oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Secara dasarnya, CCRIS menyediakan maklumat tentang kredit anda daripada agensi kewangan di Malaysia.

Maklumat CCRIS?

  • Rekod pembayaran
  • Kredit tertunggak
  • Status muflis atau tidak
  • Akaun perhatian khas (kredit dibawah penyeliaan institusi kewangan)
  • Permohonan pinjaman dalam tempoh 12 bulan yang telah diluluskan atau belum

Apa itu CTOS? 

CTOS (Credit Tip Off Service Sdn Bhd) ialah sebuah syarikat swasta yang menyediakan rekod kredit individu yang diguna pakai oleh institusi kewangan atau perbankan. 

Ia bakal menentukan kelayakan kredit pemohon. Lebih mudah dikenali sebagai kad laporan kredit anda. Selain itu, ia juga memaparkan status muflis, status kes, tindakan undang-undang, pemilikan perniagaan. 

Maklumat CTOS?

Sumber-sumber:

  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Insolvensi Malaysia
  • Notis undang-undang dalam akhbar
  • Warta dan penerbitan kerajaan

Kepentingan CCRIS & CTOS 

1. Digunakan oleh pihak bank.

  • Status CCRIS dan CTOS digunakan untuk proses kelayakan pinjaman wang. 
  • Rekod laporan kredit untuk Nisbah Khidmat Hutang (debt service ratio) seseorang individu sebelum menentukan kelayakan pemohon. 

2. Menunjukkan corak bayaran balik hutang anda. 

  • Laporan CCRIS dan CTOS akan merekodkan pola bayaran kewangan anda.
  • Contohnya, jangka masa bayaran balik lambat atau tepat. 
  • Jika tepat dan cepat, mudah untuk anda membuat pinjaman. 

Apa itu RAMCI 

RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI) adalah agensi pelaporan kredit sama seperti CTOS. Laporan RAMCI melaporkan informasi kredit dan skor kredit.

Maklumat RAMCI 

Ini termasuklah maklumat perundangan dan kebankrapan, ‘trade bureau’ (maklumat bukan perbankan) dan jika ada carian laporan yang telah dilakukan. Maklumat ini mungkin penting kerana ia dapat memberi pengesanan awal tentang penipuan identiti.

Apakah perbezaan antara CCRIS, CTOS dan RAMCI?

Secara amnya, CCRIS, CTOS dan RAMCI adalah sama di mana semua laporan ini melaporkan sejarah kredit individu. Pihak bank akan membuat penilaian kredit bukan sahaja berdasarkan laporan CCRIS tetapi juga laporan CTOS/RAMCI.

Tapi, terdapat perberzaan antara CCRIS dengan CTOS atau RAMCI. Perbezaan utamanya adalah CCRIS diselia oleh Bank Negara. CTOS dan RAMCI diselia oleh syarikat persendirian. Selain itu, CCRIS dapatkan maklumat kredit daripada institusi kewangan tetapi CTOS dan RAMCI dapatkan maklumat daripada sumber awam yang juga melaporkan tungakkan daripada syarikat utiliti, peminjam wang berlesen atau syarikat penyedia skim bayaran ansuran seperti Courts, Singer, Coway dan lain-lain.

Adakah saya akan disenarai hitam oleh CCRIS atau CTOS?

Tidak, CCRIS dan CTOS tidak akan menyenarai hitam anda.  Mereka hanya akan memberikan rekod kredit anda kepada institusi kewangan termasuk koperasi untuk penilaian kredit sebelum mereka meluluskan permohonan pinjaman anda. Laporan CCRIS atau CTOS adalah satu rekod sahaja untuk memudahkan institusi kewangan membuat penilaian dan keputusan untuk meluluskan pinjaman.

Laporan CTOS secara online

by manager 0 Comments

Sekarang kita boleh ketahui latar belakang kredit kita secara online. Dengan harga RM 25 kita akan terima laporan penuh serta Credit Score dalam bentuk PDF. Laporan kredit ini lah yang digunakan oleh bank untuk melihat sama ada pinjaman kita diluluskan atau pun ditolak.

BACA DI SINI UTK DAPATKAN LAPORAN KREDIT DARI RAM 

Berikut adalah cara dapatkan laporan Kredit CTOS secara online. Follow step di bawah untuk dapatkan laporan anda. Langkahnya sangat mudah.

1. Layari laman web https://www.ctoscredit.com.my/

2. Klik pada bahagian PERSONAL – GET CREDIT REPORT AND SCORE

3. Pilih Full credit report , anda mesti membeli dengan harga RM 25

4. Isi maklumat yang diperlukan , kemudian setelah mendapat akses untuk panel anda , anda perlu membuat bayaran sebanyak RM 25

5.  Files dalam format PDF boleh dimuat turun setelah pengesahan dibuat. Kebiasaannya dalam tempoh 2-3 jam

Berikut adalah contoh laporan CTOS yang penuh

sumber : http://www.pinjamanonline.com

Cara dapatkan laporan CTOS/CCRIS

Berikut adalah step by step cara untuk dapatkan laporan CTOS berpandukan website pinjamanonline.com

Proses yang sangat mudah.

1. Pergi ke laman web https://www.mycreditinfo.com.my/index.php/home/signup

2. Klik SIGN UP , isi maklumat yang diperlukan

3. Setelah anda login ke panel personal , anda perlu membuat pengesahan MYKAD ( upload gambar MYKAD anda ke dalam sistem) dan juga no handphone

4. Apabila semua proses sudah OK. Anda boleh membeli Laporan Kredit anda dengan harga RM15.90

Pilih PLUS untuk laporan penuh

 5. Anda akan menerima file dalam format PDF. Di sini anda boleh melihat maklumat seperti

  • RAMCI i-Score
  • Maklumat CCRIS
  • Skim Potongan Gaji Angkasa
  • PTPTN
  • Maklumat urusniaga yang tak melibatkan bank
  • Tindakan undang undang dan sebagainya

Kerjaya sbg perunding kewangan

Kerjaya Sebagai Agen Perunding Kewangan – Selesai hutang lapuk /FULLSETTLEMENT pelanggan
.
.
Di sini saya kongsikan kisah dan pengalaman saya sebagai seorang agen perunding kewangan yang berjaya selesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan. 
.
.
Kita semua mempunyai keperluan kewangan yang berbeza pada masa tertentu dalam kehidupan kita. Ada kalanya kita memerlukan wang tunai untuk keperluan ketika terdesak dan pada masa yang sama kita mungkin ingin melangsaikan hutang / hutang lapuk (blacklist). Dengan cara ini, pelanggan boleh membuat pembiayaan yang baru setelah hutang / hutang lapuk (blacklist) diselesaikan. Di Malaysia, hampir semua bank membenarkan penyelesaian awal pinjaman “fullsettlement” yang membolehkan pelanggan menyelesaikan hutang sebelum habis pinjaman.
.
.
Jika anda pernah mendengar istilah kredit seperti SAA atau CTOS, anda perlu tahu bahawa bank akan memutuskan sama ada untuk menawarkan pinjaman berdasarkan skor kredit anda yang diperoleh daripada pinjaman sedia ada anda, nisbah khidmat hutang, rekod pembayaran bulanan dan penunjuk lain yang berkaitan dengan pembiayaan.
.
.
*** (GAMBAR) Susunan bayaran hutang lapuk utk bank & institusi kewangan bagi setiap pelanggan yang mempunyai kelayakan pinjaman & mempunyai hutang yang tidak melebihi kelayakan bank berdasarkan gaji bulanan.
*** Tiada sebarang wang upfront atau wang pendahuluan untuk memohon melalui kami.
*** PINJAMAN DARIPADA BANK!. BUKAN KOPERASI/YAYASAN MAHUPUN PINJAMAN BERLESEN
.
.
Kepada yang mempunyai masalah BLACKLIST / CTOS / SAA boleh cuba mohon.
.
.
Nak tahu cara untuk selesaikan nya?
= PM kami untuk keterangan lanjut!
= Website : http://bit.ly/SmartforSolutions
.
#Jangan PERGI meninggalkan BLACKLIST
#Jangan BEBANI orang TERSAYANG!!!
.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi ?

www.wasap.my/60104048680/LOAN

Office hour Monday- Friday 9am to 6pm