Perbezaan CCRIS , CTOS dan RAMCi

by manager 0 Comments

Rupa-rupanya masih ramai yang tidak jelas atau keliru dengan fungsi CCRIS, CTOS dan RAMCI. Ketiga-tiganya seakan-akan mempunyai bidang tugas yang sama dan hal ini menyebabkan artikel ini ditulis bagi memberikan pencerahan dan kesedaran kepada orang ramai di luar sana. 

Apa itu CCRIS? 

CCRIS (Central Credit Reference Information System) ialah rekod bayaran pinjaman anda yang dipantau oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Secara dasarnya, CCRIS menyediakan maklumat tentang kredit anda daripada agensi kewangan di Malaysia.

Maklumat CCRIS?

  • Rekod pembayaran
  • Kredit tertunggak
  • Status muflis atau tidak
  • Akaun perhatian khas (kredit dibawah penyeliaan institusi kewangan)
  • Permohonan pinjaman dalam tempoh 12 bulan yang telah diluluskan atau belum

Apa itu CTOS? 

CTOS (Credit Tip Off Service Sdn Bhd) ialah sebuah syarikat swasta yang menyediakan rekod kredit individu yang diguna pakai oleh institusi kewangan atau perbankan. 

Ia bakal menentukan kelayakan kredit pemohon. Lebih mudah dikenali sebagai kad laporan kredit anda. Selain itu, ia juga memaparkan status muflis, status kes, tindakan undang-undang, pemilikan perniagaan. 

Maklumat CTOS?

Sumber-sumber:

  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Insolvensi Malaysia
  • Notis undang-undang dalam akhbar
  • Warta dan penerbitan kerajaan

Kepentingan CCRIS & CTOS 

1. Digunakan oleh pihak bank.

  • Status CCRIS dan CTOS digunakan untuk proses kelayakan pinjaman wang. 
  • Rekod laporan kredit untuk Nisbah Khidmat Hutang (debt service ratio) seseorang individu sebelum menentukan kelayakan pemohon. 

2. Menunjukkan corak bayaran balik hutang anda. 

  • Laporan CCRIS dan CTOS akan merekodkan pola bayaran kewangan anda.
  • Contohnya, jangka masa bayaran balik lambat atau tepat. 
  • Jika tepat dan cepat, mudah untuk anda membuat pinjaman. 

Apa itu RAMCI 

RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI) adalah agensi pelaporan kredit sama seperti CTOS. Laporan RAMCI melaporkan informasi kredit dan skor kredit.

Maklumat RAMCI 

Ini termasuklah maklumat perundangan dan kebankrapan, ‘trade bureau’ (maklumat bukan perbankan) dan jika ada carian laporan yang telah dilakukan. Maklumat ini mungkin penting kerana ia dapat memberi pengesanan awal tentang penipuan identiti.

Apakah perbezaan antara CCRIS, CTOS dan RAMCI?

Secara amnya, CCRIS, CTOS dan RAMCI adalah sama di mana semua laporan ini melaporkan sejarah kredit individu. Pihak bank akan membuat penilaian kredit bukan sahaja berdasarkan laporan CCRIS tetapi juga laporan CTOS/RAMCI.

Tapi, terdapat perberzaan antara CCRIS dengan CTOS atau RAMCI. Perbezaan utamanya adalah CCRIS diselia oleh Bank Negara. CTOS dan RAMCI diselia oleh syarikat persendirian. Selain itu, CCRIS dapatkan maklumat kredit daripada institusi kewangan tetapi CTOS dan RAMCI dapatkan maklumat daripada sumber awam yang juga melaporkan tungakkan daripada syarikat utiliti, peminjam wang berlesen atau syarikat penyedia skim bayaran ansuran seperti Courts, Singer, Coway dan lain-lain.

Adakah saya akan disenarai hitam oleh CCRIS atau CTOS?

Tidak, CCRIS dan CTOS tidak akan menyenarai hitam anda.  Mereka hanya akan memberikan rekod kredit anda kepada institusi kewangan termasuk koperasi untuk penilaian kredit sebelum mereka meluluskan permohonan pinjaman anda. Laporan CCRIS atau CTOS adalah satu rekod sahaja untuk memudahkan institusi kewangan membuat penilaian dan keputusan untuk meluluskan pinjaman.

Leave a reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>